Omma.



Entahlah,
Cuma yang aku mohon.
Biarlah diambil nyawa aku dahulu, atau orang yang aku cintai jauh dari aku.
Asal tidak pada dia yang aku kasihi sungguh-sungguh dunia akhirat.
Sungguh, tiada siapa pun yang akan faham kasarnya bahasa dia, kasarnya kasih sayang yang ditunjukkan.
Biarlah begitupun, cuma aku yang faham.
Biarlah begitupun, cuma aku yang akan membela 


Sungguh,
Tuhan tidaklah terlalu kejam untuk men-takdirkan aku dan keluarga seperti ini.
Rapatnya aku pada keluarga kawan-kawan bukanlah bermaksud untuk merampas, tidak sekali mahu memiliki.
Aku cuma mahu merasai. 
Menikmati.


Sungguh,
Hilangnya cinta dari aku tidaklah terlalu sakit jika hilangnya nyawa dari hidup aku.
Ya, nyawa yang menjaga aku selama dua puluh enam tepat lima bulan. 
Sungguh,
Tuhan itu tidak kejam. 
Mana tahu esok hari, adalah pelangi. 

Hujan lebat kali harini, mungkin esok Tuhan hadiahkan pelangi.
Mudah-mudahan. 


P/s
Sungguhpun dia kasar, dia masih omma yang aku cintai. Sungguhpun dia kasar, dialah jiwa yang paling banyak tersakiti suatu dulu. Sungguhpun dia kasar, dia itu lembut dalamannya. Terima dia, terimalah aku. Buang dia , hilanglah aku. 

No comments:

Post a Comment