Hi, sweet talker.



aku mahu tanya ni, apa dengan tanpa pasangan disebelah aku, kau ingat aku ini masih terkejar-kejar persis lelaki seperti kau ?

aku mahu tanya ni, apa dengan setiap bait kata-kata atau puisi kecewa aku, ditujukan khas buat lelaki persis kau ?

begini,
aku suka melempiaskan rasa aku pada benda yang tidak bernyawa.
begini,
aku rasa aku tidak mempunyai apa-apa yang membolehkan kau tergugat untuk aku miliki.
dan sememangnya begini,
aku tak mahu kau lagi.
aku tak mahu lelaki kau lagi. yang pasti.

sama ada kau tidak tahu atau kau saja berpura tidak tahu, itu aku tak peduli.
yang pasti, ini, kaki ini, hati ini, luka ini, aku tanggung sendiri. aku bangun sendiri.

jadi sebenarnya sekarang, aku yang harus move on atau kau yang patut sedar diri ?

jadi, berhenti meng-interframekan diri dalam hidup aku.
jadi, semua kata-kata atau tulisan aku tiada kena mengena dengan hidup kau.
jadi, s i l a p e r g i   m  a   t   i   .


ps : aku ini memang manusia yang penuh dengan lumpur dosa, segala pahala memang diciptakan untuk kau. ya, kau. jadi sila bawa pahala kau jauh-jauh dari aku, sebab aku tak perlukan pahala yang kau salut dengan dosa itu.


No comments:

Post a Comment