Tawar-menawar


ada satu masa, bila kau cuba jadi baik,
bila kau cuba buat benda betul,
bila kau cuba buat orang sanjung kau tinggi,
tiba-tiba datang celaka yang kau tak ingini,
yang kau benci,
yang kau dendam sampai mati.

masa itu,
kau cuba tawar menawar dengan tuhan,
pilih untuk teruskan jadi baik,
atau jadi jahat kerana celaka yang datang,

tapi semakin kau pilih jalan baik,
semakin banyak celaka yang menghentam kau,
semakin kau cuba lari jauh,
semakin dekat celaka itu dengan kau.

jadi, masa ini kau tak berkira kira sudah,
untuk terus ambil jalan gelap,
supaya kau tak dipijak berkali kali,
oleh celaka yang mengkelamkan hidup.


orang boleh berkata-kata kerana engkau pilih jalan yang boleh memusnahkan hidup kau, tapi hakikatnya, engkau sendiri tahu jalan itu yang mampu bahagiakan kau yang buat kau tak berada jauh di bawah orang yang mencelakakan.

No comments:

Post a Comment