aku mahu jadi cantik, mahu jadi cerdik.
mahu jadi pintar, lagi mahu pandai bergaya
kerna dahulunya, aku diduakan kerana ketidaksempurnaan.
aku mahu bangkit,
dari igauan mimpi yang menyakit.
aku mahu bahagia,
dari setiap dermawan aku yang kau sedekahkan dengan luka.
aku mahu ceria,
di atas setiap hirisan-hirisan jiwa.
bila mula aku gah mengorak langkah,
aku mahu kau tatap wajah luka hati parah,
yang pernah kau simbah koyak hati dengan berdua bahagia bersama si bedebah
aku mahu kau tepuk dada dan kata
'' dia perempuan luka yang pernah aku tambah luka kecewanya dahulu ''
aku mahu kau tunduk malu, dan pergi berlalu sepi tanpa toleh ke arah aku lagi..
aku mahu cari kesempurnaan, yang kau cari pada orang lain, tanpa menghiraukan sebuah perasaan. seorang. aku
another a few hour. and i will turned to twentytwoyearsold. semoga pengalaman ini mematangkan aku. dan semoga aku mampu memperbetulkan kesilapan lalu.
semogalah hendaknya aku.
:')
No comments:
Post a Comment